KARYA SENI LUKIS MENGGUNAKAN CAT AIR DENGAN TEKNIK TIUPAN
Teknik tiupan amat mudah dipelajari dan dapat memberi kesan yang menarik dalam hasil karya murid-murid. Ia dapat dibuat dengan meniup titisan warna di atas kertas lukisan meggunakan sedotan ke berbagai arah. Sedotan yang digunakan seharusnya lurus supaya tidak menganggu proses tiupan. Di samping itu, sedotan yang berlainan ukuran digalakkan untuk teknik ini kerana diameter sedotan yang berlainan akan menghasilkan kelajuan tiupan angin yang berbeda. Oleh itu, hasil tiupan juga akan berbeda. Warna yang berbeda boleh ditiup ke arah yang sama untuk menghasilkan corak daripada berbagai warna.
Aplikasi teknik adalah seperti bingkai gambar, corak baju, corak background, kertas pembungkus hadiah dan lain-lain.
Contoh -contoh teknik tiupan
wah keren keren banget hasilnya
BalasHapusElever Agency